My Blog List

Sunday 6 October 2013

PERANCANGAN MASA DEPAN

Kedua-dua tokoh usahawan ini mempunyai harapan dan perancangan yang begitu besar buat masa hadapan. Contoh pandangan usahawan sebegini perlu dilihat oleh mereka yang bakal berdepan dengan keadaan yang sama. Untuk mendapat hasil yang lumayan dari perancangan yang di buat, usahawan seharusnya mempunyai strategik lengkap untuk apa sahaja kemungkinan yang bakal berlaku terhadap perniagaan mereka.

DATO' SANI SALLEH
















  1. Menakluk laluan Semenanjung Malaysia Sani Ekspres yang terkenal di Malaysia sebagai salah sebuah syarikat bas ekspres dua tingkat yang maju menyimpan hasrat untuk menakluk kesemua laluan di Semenanjung Malaysia. Sejak mula beroperasi pada 9hb Januari 2007, Sani Ekspres kini telah menakluki laluanlaluan utama di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Melaka, Kelantan, Selangor, Kuala Lumpur, Terengganu dan Pahang, Sani Ekspress kini merancang untuk menakluk laluan utama di Perak, Negeri Sembilan dan Johor pula. Selain itu, Dato’ Sani juga merangka untuk menerjah laluan ke Kota Singa, Singapura. Ini mampu menjadikan Sani Ekspres sebagai sebuah syarikat bas ekspres yang maju dan berjaya bukan sahaja di peringkat nasional malah antarabangsa.
  2. Pembinaan Sani Hotel di seluruh Malaysia Sani Hotel Sdn. Bhd. merupakan salah sebuah anak syarikat dibawah naungan Sani United Berhad yang semakin meningkat maju dan mendapat permintaan orang ramai diatas layanan dan perkhidmatan cemerlang yang diberikan. Sani Hotel yang bertempat di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur bakal diperluaskan lagi pembinaannya dengan menakluki setiap negeri di Malaysia. Ini menjadikan jumlah Sani Hotel akan meningkat kepada 14 buah hotel dalam masa akan datang.
  3. Kewujudan cabang baru perniagaan Selepas memiliki empat buah anak syarikat yang merangkumi perniagaan dalam bidang pengangkutan awam, hospitaliti, hartanah dan pembaikan kenderaan, Dato’ Sani bercadang untuk mewujudkan sebuah lagi cabang perniagaan yang baru iaitu dalam bidang minyak dan gas. Diakui, bidang perniagaan tersebut bukanlah suatu perniagaan yang mudah namun melihat kepada prospek keuntungan dan keutuhannya, Dato’ Sani yakin.



PUAN FAIZA BAWUMI SAYED AHMAD






SFSB kini juga meneroka bidang baru termasuk memasarkan bihun, sos cili dan kicap selain dari beras dan rempah. Bagi produk bihun pula, syarikatnya telah menempah mesin dari China dan produk itu akan diproses di sebuah kilang lain juga di Sri Gading. Kilang tersebut mampu mengeluarkan sebanyak sembilan tan bihun sehari, namun pada peringkat awal cuma memproses lima tan bihun dengan sasaran jualan sebanyak RM12 juta bagi tahun pertama.

Kekuatan SFSB, terletak pada daya penggerak yang bertenaga dan profesional dengan pengetahuan luas dan berpengalaman dalam bidang masing-masing, yang mana ianya persediaan bagi bersaing dalam senario perniagaan beras. Ini ialah kerana di SFSB, tiada tolak ansur mengenai kualiti. SFSB sentiasa memandang ke hadapan untuk teknik-teknik lebih baik, cara lebih baik menjanakan, menyampaikan, berkomunikasi, menggalakkan, untuk memberi khidmat, menjual. SFSB percaya yang kejayaan boleh dicapai daripada apa yang dibuat dengan penuh kesungguhan.