My Blog List

Saturday 5 October 2013

AWARDS

Bagi menghargai perkhidmatan dan sumbangan beliau terhadap masyarakat dan pekerjanya, beliau telah dikurniakan pelbagai anugerah antaranya:

 DATO' SANI SALLEH


  • Darjah Indera Mahkota Pahang (D.I.M.P) yang membawa gelaran Dato’ oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah- Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’adzam Shah pada 3 Jun 2009
  • “Anugerah Usahawan Berjaya,” Dewan Perniagaan Melayu, Malaysia yang disampaikan oleh Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad pada tahun 2009
  • Anugerah Usahawan Muda Malaysia (Permata 2010) yang diberikan oleh Universiti Malaya pada 2010 yang disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Sabri Bin Musa
  • “Duta Universiti Malaya 2010” yang turut disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Sabri Bin Musa yang bertujuan untuk menjadikan Dato’ Sani sebagai ikon usahawan berjaya
  • Anugerah Tokoh Usahawan Muda Berjaya (PERDASAMA) negeri Kelantan 2011 yang disampaikan oleh Pengarah Perdagangan Antarabangsa mewakili Datuk Mukhriz Tun Mahathir, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa pada 8 Julai 2011
  • Anugerah Usahawan Muda KLMCC 2011 oleh Dewan Perniagaan Melayu, Kuala Lumpur pada 21hb Mei 2011 yang disampaikan oleh Y.Bhg Dato’ Seri Shahrizat Abdul Jalil
  • “Berjaya KPTM, Anugerah Usahawan Muda Berjaya” (Kolej Poly-Tech Mara) pada 2011 yang disampaikan oleh Y.Bhg Dato’ Shohaimi Bin Shahdan, Pengerusi Kolej Poly-Tech Mara

PUAN FAIZA BAWUMI SAYED AHMAD



Syarikat Faiza telah menerima pelbagai anugerah termasuk :-

  • Pemborong Terbaik pada tahun 2000 
  • Anugerah kecemerlangan operasi Padiberas Nasional Berhad (Bernas) pada 2001 
  • Anugerah emas bagi beras Taj Mahal oleh Reader's Digest Super Brand.


Walaupun sibuk menjalankan perniagaan, Puan Faiza tetap meluangkan masa untuk melakukan kerja amal termasuk memegang jawatan sebagai :-
  • Yang Dipertua Pemborong Beras Bumiputera Malaysia
  • Pengerusi Wanita Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Batu Pahat, 
  • Anggota Jawatankuasa Umno Bahagian Batu Pahat (Pengerusi Biro Kebajikan) 
  • Ahli lembaga pelawat Hospital Batu Pahat 
  • Pemegang amanah anak yatim Batu Pahat.

Beliau juga pernah memenangi pelbagai anugerah termasuk :-
  • Wanita Anggun 2005
  • Tokoh Ibu Mithali Perkim 2007
  • Wanita Nadi Negara peringkat Johor 2007
  • Anugerah khas Tokoh Guru 2009
  • Tokoh Maulidur Rasul peringkat kebangsaan tahun 2010.










KRONOLOGI KEUSAHAWANAN PUAN FAIZA BAWUMI SAYED AHMAD




Faiza Bawumi Sayed Ahmad adalah pemilik syarikat pemborong beras Syarikat Faiza Sdn. Bhd. pada tahun 1964, wanita kelahiran Mesir ini telah berhijrah ke Malaysia kerana mengikut suaminya.  Pada ketika itu, beliau mampu menguasai Bahasa Melayu dan fasih berbahasa Melayu setelah hanya tiga bulan di Malaysia kerana sifat beliau yang peramah dan suka bergaul dengan jiran jirannya. Meskipun  sudah berusia lingkungan 60an, beliau yang mempunyai tujuh orang anak dan juga seorang nenek kepada 32 cucu sibuk masih giat merancang strategi bagi mengukuhkan kedudukannya dalam pelbagai cabang perniagaan di negara ini.

Wanita yang berperwatakan lembut itu sebenarnya seorang yang tegas. Beliau mahu memastikan syarikat yang ditubuhkan perlu berada di landasan betul sekali gus mencatatkan keuntungan saban tahun. Puan Faiza yang memangnya dilahirkan dalam keluarga yang juga bergiat dalam perniagaan. Berkecimpung dalam bidang perniagaan sejak kecil, beliau pernah menjadi juruwang di kedai milik bapanya. Pengalaman tersebut mendorong beliau untuk bergiat secara serius dalam bidang perniagaan.

Setelah berkahwin dan dikurniakan cahaya mata yg pertama, beliau mengikut  suaminya berhijrah ke Malaysia. Puan Faiza mencari aktiviti berfaedah yg boleh dilakukannya bagi mengelakkan masanya terluang begitu sahaja. Beliau bermula dengan mengambil upah menjahit sulaman dengan modal RM4 dan menjual pelbagai barangan dapur. Beliau juga membeli kain ela dan membuat baju gaun untuk anak-anak kecil jiran-jirannya. Kemudian beliau menghasilkan set sarung bantal. Hasil jahitannya yang cantik dan kemas dijual kepada kawan-kawannya. Seterusnya, beliau berniaga set ensiklopedia, diikuti bisnes pinggan mangkuk. Melalui bisnes kecil kecilan ini, beliau menabung wang bagi menjadikan modal bisnes seterusnya. Beliau berminat pula menghasilkan rempah kari. Beliau membeli pelbagai rempah ratus seperti ketumbar, jintan, halba, cili kering, cengkih dan sebagainya untuk membancuh ramuan-ramuan tersebut bagi menghasilkan rempah kari ikan dan daging di bawah jenama Bunga Raya. Semuanya dilakukan sendiri di rumah, daripada mencuci, menjemur dan menggoreng rempah ratus tersebut. Kemudian, beliau menghantarnya ke kedai bagi dikisar dan diedarkan.

Selang beberapa tahun kemudian, Puan Faiza membeli pula sebuah mesin pengisar dan membuka kedai runcit dengan modal daripada menjual rempah kari itu. Dari situ beliau mendapati bahawa pemborong beras kebanyakannya dibekalkan oleh kaum lain. Beliau mula belajar pelbagai jenis beras. Puan Faiza memohon lesen pemborong beras dan menjual pelbagai jenis beras termasuk ponni, basmathi, beras wangi serta beras Siam setelah mendapat maklumbalas positif atas usaha selidik beliau pergi dari satu kedai ke satu kedai bagi mendapatkan respon sama ada mereka akan membeli berasnya jika beliau menjualnya. Para pelanggan yang melanggan rempahrempah beliau turut membeli beras daripadanya.

Pada permulaan, beliau agak buntu melihat satu lori treler penuh berisi beras diletakkan di hadapan rumah, namun beliau nekad dengan berusaha membungkus menggunakan jenama Bunga Raya dan menghantar ke kedai-kedai di seluruh Johor. Perniagaan beliau mendapat sambutan walaupun mendapat persaingan yang agak sengit. Pada awal tahun 90an, syarikat telah mengambil peluang ke atas kepekaan masyarakat pada ketika itu kepada cara pembuatan dan kandungan makanan. Syarikat mula memperkenalkan dengan sejenis kategori beras berkualiti dari Kartanaka, India. Beras ini adalah jenis beras “Ponni”.  Menerusi produk berkualiti dan berkhasiat sesuai untuk pesakit seperti pesakit diabetis, SFSB memperkenalkan beras  “Ponni” ini ke seluruh Malaysia. Syarikat beliau kini telah dikenali kerana kualiti produk yang tinggi, seratus peratus buatan Islam dan halal. Beliau berharap dengan penglibatan dalam penghasilan produk tersebut ia memberi pilihan kepada orang Islam untuk mendapatkan produk yang bermutu tinggi dan tanpa was-was meragui status halalnya.


Puan Faiza bukan sahaja menjadi Pengarah Urusan Syarikat Faiza, tetapi turut bertungkus-lumus menentukan operasi syarikat berjalan lancar dan turut terlibat dalam projek kilang milik Syarikat Faiza bernilai RM14 juta di Sri Gading, Batu Pahat. Kejayaan beliau sekarang bukan diperolehi dengan mudah, tetapi setelah mengharungi segala cabaran selama 43 tahun berkecimpung dalam dunia perniagaan. Puan Faizah berkata semua usaha yang dilakukan itu bukanlah untuk mengumpulkan kekayaan sebaliknya untuk menjadi pembayar zakat terbesar di Malaysia sekali gus membantu lebih ramai orang yang susah. 

KRONOLOGI KEUSAHAWANAN DATO' SANI SALLEH




Y.Bhg. Dato’ Sani Salleh (D.I.M.P) telah dilahirkan pada 24 Januari 1976 dan merupakan anak keempat daripada enam adik beradik. Beliau juga mempunyai diploma di dalam bidang Pentadbiran Perniagaan dari Sunway Universiti Kolej pada tahun 1997. Berikut adalah senarai perjalanan hidup beliau;

1993 – Selepas tamat tingkatan 5 di Sekolah Menengah Sultan Sulaiman (SMSS) Kuala Terengganu, Dato'
Sani telah berhijrah ke kota metropolitan, Kuala Lumpur

1994 - Dato' Sani telah menyambung pengajiannya di Sunway Universiti Kolej dengan mengambil diploma dalam jurusan Pentadbiran Perniagaan. Pada masa yang sama, Dato' Sani juga membuat kerja sambilan sebagai pembantu pejabat di salah sebuah syarikat perkapalan

1996 - Setelah menamatkan pengajian, beliau telah mendapat tawaran pekerjaan sebagai ejen perkapalan. Beliau telah diberi tugas untuk menguruskan aliran keluar masuk kapal pelabuhan di Pelabuhan klang dan Port Dickson

1997 – Di atas ketekunan dan kesungguhan beliau dalam melaksanakan tugas, Dato' Sani telah dinaikkan pangkat menjadi pengurus syarikat perkapalan. Beliau ditugaskan untuk menguruskan tender -tender syarikat bersama Petronas dan Shell

1998 – Di atas kejayaan beliau tersebut, Dato’ Sani telah dilantik sebagai salah seorang ahli lembaga pengarah syarikat

2000 - Dato' Sani kemudian telah mengambil keputusan untuk berhenti kerana beliau ingin menceburkan diri dalam dunia perniagaan

2001 - Dato' Sani telah membuka bengkel servis kereta di Kampung Bharu bersama rakan kongsinya

2002 - Apabila beliau telah memenangi 2 kontrak penyelenggaraan kenderaan bersama syarikat MTD Constructions di Kuala Lumpur dan Kuala Terengganu, Dato' Sani telah mengambil keputusan untuk membuka bengkelnya sendiri di Kuala Terengganu bersama adiknya, Iskandar Dato' Salleh.

2003 – Bagi mengukuhkan lagi empayar perniagaannya, Dato’ Sani telah menubuhkan syarikatnya sendiri iaitu Sani United Sdn. Bhd. yang bertempat di Ukay Perdana, Selangor. Pada masa yang sama, Dato' Sani juga telah membuat kertas cadangan untuk melibatkan diri dalam bidang perniagaan industri pengangkutan awam.

Dato’ Sani merupakan pengasas dan Pengarah Urusan Kumpulan syarikat Sani United Berhad yang merupakan sebuah syarikat induk yang menerajui empat buah anak syarikat dibawahnya iaitu;

Sani Express Sdn. Bhd. 
Sebuah syarikat pengangkutan awam yang terkenal dengan memiliki jumlah bas dua tingkat yang terbesar di Malaysia bercirikan teknologi tinggi yang terbaik di dunia

Sani Hotel Sdn. Bhd. 
Merupakan sebuah hotel 10 tingkat yang terkemuka di Kuala Lumpur dengan kapasiti bilik tidur berjumlah 147 yang disertakan bersama tab mandi. Selain itu, hotel ini juga turut mempunyai dua ballroom yang mewah, café, dua lif untuk kemudahan lobi yang selesa serta tempat letak kereta bawah tanah yang luas.

Sani Properties Sdn. Bhd. 
Merupakan sebuah syarikat yang terlibat dengan urusan jual beli hartanah. Sani Properties juga turut memiliki sebuah Terminal Sani Express di Klang Sentral yang mempunyai 24 lot kedai, dua ruangan pejabat dan tujuh lot tempat letak bas dengan keluasan tanah sekitar 2.5 ekar

Sani Workshop Sdn.Bhd.
Merupakan anak Syarikat Sani United Berhad yang pertama selain memenangi kontrak pada tahun 2002 bersama MTD Constructions Sdn. Bhd. bagi tujuan penyelenggaraan kenderaan - kenderaan syarikat tersebut. Kontrak bersama MTD masih berterusan sehingga kini diatas perkhidmatan memuaskan yang diberi oleh Sani Workshop.


TOKOH USAHAWAN BERJAYA

Kejayaan masa hadapan bermula dari sekarang. Kebanyakan mereka yang telah berjaya mengambil petua-petua orang terdahulu dari mereka untuk mengecapi kejayaan yang sama. Admint percaya bahawa setiap yang bakal berlaku berkait rapat dengan pengalaman yang telah dilalui sejak dahulu. Justeru itu sangat penting kepada bakal usahawan terutama usahawan muda yang  baru mengenal dunia keusahawanan untuk mengetahui setiap liku perjalanan yang dilalui oleh orang terdahulu yang telah terbukti mendapat kejayaan daripada dalam bidang keusahawanan. Bagi tujuan ini, admint mahu berkongsi bersama bakal usahawan mengenai 2 tokoh yang telah mengecapi kejayaan dalam bidang keusahawanan yang telah mereka ceburi. Halangannya bukan mudah untuk ditempuhi tetapi mereka dikira telah melalui kesemuanya dengan penuh ketabahan. Admint juga begitu bangga dengan kejayaan dua anak tempatan Malaysia ini yang teguh dalam pendirian perniagaan mereka. Dengan rasa hormatnya admint memperkenalkan :-

Yang Berbahagia Dato'  Sani Salleh D.I.M.P



Puan Faiza Bawumi Sayed Ahmad