My Blog List

Saturday 5 October 2013

KRONOLOGI KEUSAHAWANAN DATO' SANI SALLEH




Y.Bhg. Dato’ Sani Salleh (D.I.M.P) telah dilahirkan pada 24 Januari 1976 dan merupakan anak keempat daripada enam adik beradik. Beliau juga mempunyai diploma di dalam bidang Pentadbiran Perniagaan dari Sunway Universiti Kolej pada tahun 1997. Berikut adalah senarai perjalanan hidup beliau;

1993 – Selepas tamat tingkatan 5 di Sekolah Menengah Sultan Sulaiman (SMSS) Kuala Terengganu, Dato'
Sani telah berhijrah ke kota metropolitan, Kuala Lumpur

1994 - Dato' Sani telah menyambung pengajiannya di Sunway Universiti Kolej dengan mengambil diploma dalam jurusan Pentadbiran Perniagaan. Pada masa yang sama, Dato' Sani juga membuat kerja sambilan sebagai pembantu pejabat di salah sebuah syarikat perkapalan

1996 - Setelah menamatkan pengajian, beliau telah mendapat tawaran pekerjaan sebagai ejen perkapalan. Beliau telah diberi tugas untuk menguruskan aliran keluar masuk kapal pelabuhan di Pelabuhan klang dan Port Dickson

1997 – Di atas ketekunan dan kesungguhan beliau dalam melaksanakan tugas, Dato' Sani telah dinaikkan pangkat menjadi pengurus syarikat perkapalan. Beliau ditugaskan untuk menguruskan tender -tender syarikat bersama Petronas dan Shell

1998 – Di atas kejayaan beliau tersebut, Dato’ Sani telah dilantik sebagai salah seorang ahli lembaga pengarah syarikat

2000 - Dato' Sani kemudian telah mengambil keputusan untuk berhenti kerana beliau ingin menceburkan diri dalam dunia perniagaan

2001 - Dato' Sani telah membuka bengkel servis kereta di Kampung Bharu bersama rakan kongsinya

2002 - Apabila beliau telah memenangi 2 kontrak penyelenggaraan kenderaan bersama syarikat MTD Constructions di Kuala Lumpur dan Kuala Terengganu, Dato' Sani telah mengambil keputusan untuk membuka bengkelnya sendiri di Kuala Terengganu bersama adiknya, Iskandar Dato' Salleh.

2003 – Bagi mengukuhkan lagi empayar perniagaannya, Dato’ Sani telah menubuhkan syarikatnya sendiri iaitu Sani United Sdn. Bhd. yang bertempat di Ukay Perdana, Selangor. Pada masa yang sama, Dato' Sani juga telah membuat kertas cadangan untuk melibatkan diri dalam bidang perniagaan industri pengangkutan awam.

Dato’ Sani merupakan pengasas dan Pengarah Urusan Kumpulan syarikat Sani United Berhad yang merupakan sebuah syarikat induk yang menerajui empat buah anak syarikat dibawahnya iaitu;

Sani Express Sdn. Bhd. 
Sebuah syarikat pengangkutan awam yang terkenal dengan memiliki jumlah bas dua tingkat yang terbesar di Malaysia bercirikan teknologi tinggi yang terbaik di dunia

Sani Hotel Sdn. Bhd. 
Merupakan sebuah hotel 10 tingkat yang terkemuka di Kuala Lumpur dengan kapasiti bilik tidur berjumlah 147 yang disertakan bersama tab mandi. Selain itu, hotel ini juga turut mempunyai dua ballroom yang mewah, café, dua lif untuk kemudahan lobi yang selesa serta tempat letak kereta bawah tanah yang luas.

Sani Properties Sdn. Bhd. 
Merupakan sebuah syarikat yang terlibat dengan urusan jual beli hartanah. Sani Properties juga turut memiliki sebuah Terminal Sani Express di Klang Sentral yang mempunyai 24 lot kedai, dua ruangan pejabat dan tujuh lot tempat letak bas dengan keluasan tanah sekitar 2.5 ekar

Sani Workshop Sdn.Bhd.
Merupakan anak Syarikat Sani United Berhad yang pertama selain memenangi kontrak pada tahun 2002 bersama MTD Constructions Sdn. Bhd. bagi tujuan penyelenggaraan kenderaan - kenderaan syarikat tersebut. Kontrak bersama MTD masih berterusan sehingga kini diatas perkhidmatan memuaskan yang diberi oleh Sani Workshop.


No comments:

Post a Comment